Sport

Singkir Jurgen Klopp bukan langkah tepat, kata Carragher

Jamie Carragher lebih gemar melihat Liverpool menukar individu lain di kelab itu berbanding berpisah dengan pengurus, Jurgen Klopp, walaupun akur bahawa tahap prestasi The Reds begitu jauh merosot.

Singkir Jurgen Klopp bukan langkah tepat, kata Carragher

Klopp dihujani kritikan atas prestasi hambar anak buahnya yang menduduki tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris (UCL) selepas hampir menggondol empat kejuaraan dalam kempen lalu.

Kekalahan 0-3 di tangan Wolves semalam merupakan kekalahan ketiga berturut-turut liga di tempat lawan yang masih tercari-cari sebarang kemenangan liga tahun ini.

Klopp mengulangi hasratnya untuk membina semula skuad Liverpool selepas imej mereka tercalar lagi, lantas Carragher percaya tiada sesiapa yang lebih baik untuk menyandang tugas itu.

“Saya akan mengubah orang lain di kelab itu sebelum saya menukar Jurgen Klopp,” katanya kepada Sky Sports.

“Apabila dia masuk, Liverpool berada di tempat keenam atau ketujuh liga dan dia telah membawa mereka ke kedudukan hebat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dia terbukti dia mampu melakukannya. Saya ingin melihat dia melakukannya sekali lagi. Saya pasti dia juga menghajatinya.

“Jika orang ramai bercakap tentang pertukaran pengurus, mana-mana pengurus yang datang ke Liverpool juga masih perlu membentuk semula pasukan.

“Saya tidak fikir ia adalah satu kes untuk membeli seorang pemain sahaja tatkala ramai yang menyeru mereka membeli Jude Bellingham.

“Saya fikir pada setiap minggu sekarang, rasanya mereka perlu membeli bukan sekadar seorang dua pemain baru, mereka mungkin memerlukan empat atau lima orang.\

“Mana-mana pengurus di Liverpool pada permulaan musim depan tetap perlu berbuat demikian, Jurgen Klopp telah menghasilkan keajaiban pada masa-masa tertentu.

“Anda boleh mempersoalkan Jurgen daripada segi bagaimana ia menjadi sebegini, dia adalah sebahagian daripada kedudukan ini. Tetapi untuk pasukan pencari bakat, bagaimana Liverpool merosot daripada hampir memenangi empat trofi musim lalu kepada kedudukan ke-10 dalam liga ketika ini?

“Sempena permulaan musim depan, saya tidak fikir terdapat mana-mana pengurus yang digemari peminat Liverpool selain daripada Jurgen Klopp.”

src: stadiumastro.com

Related Posts

‘I played against Jack Nicklaus – this is what I think about Tiger Woods GOAT debate’

Jack Nicklaus and Tiger Woods are two of the all-time greats, but who boasts the better career? Jack Nicklaus and Tiger Woods at the 150th Open Championship. (Image:…

Rory McIlroy provides damning stance of LIV Golf and PGA Tour stars over merger

A report earlier this week claimed that PGA Tour players were demanding that LIV Golf members handed the money they had earned from the Saudi league back in…

Tiger Woods labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over latest PGA Tour rumour

PGA Tour golfers Tiger Woods and Patrick Cantlay were labelled ‘petty, vindictive and greedy’ over the latest rumour surrounding the LIV Golf League. Prominent golf journalist Alan Shipnuck…

Despite Tiger Woods & Co’s ‘Vindictive’ Actions, Bryson DeChambeau Proves He’s the Bigger Person With PGA of America Gesture

On September 17, the PGA of America made a statement ahead of the Presidents Cup. Despite LIV Golfers already being allowed to compete at the Ryder Cup and…

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement

One Burning LIV Golf Question Plagues Fans Despite Big Ryder Cup Announcement: ‘Were They Not Eligible Before?’ There has been no update on the PIF merger so far….

‘Insane’ Tiger Woods Accusation From Open Championship Commentator Leaves Fans Demanding Punishment

Tiger Woods has been a major talking point ahead of the 2024 Open Championship at Royal Troon, with former pros and pundits alike questioning the 48 year old’s…